Takut Kucing



Assalamualaikum..

Kucing.. binatang yang comel, manja dan merupakan salah satu daripada haiwan belaan yang terkenal di dunia. Namun begitu ada juga yang takut dengan kucing ini termasuklah saya. Tapi saya hanya takut, geli dan belum sampai ke tahap fobia kucing atau felinophobia. Orang yang fobia kucing atau felinophobia ini selalunya boleh jadi 'stress' bila dekat dengan kucing.

Fobia kucing atau feliphobia ini biasanya terjadi disebabkan oleh kenangan masa lalu yang berkaitan dengan kucing seperti pernah kena cakar masa kecil. Saya sendiri pernah terpijak ekor kucing dan terus kena cakar masa kecik dulu dan sejak tu jadi takut dengan kucing. Luka kena cakar tak teruk mana pun tapi jadi takut. Tak berani nak pegang dan kalau ada kucing gesel-gesel kat kaki saya akan berhati-hati dan dalam keadaan bersiap sedia nak angkat kaki huhuhu..




Takut-takut juga tapi jangan sampai benci dan sanggup memukul kucing. Menurut riwayat hadis Nabi S.A.W. dalam Sahih Bukhairi, menerangkan "cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran seekor kucing telah menghukum kucing tersebut, wanita itu telah mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberi kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/ dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatannya."

Fakta menarik, membela kucing ini dapat menjadi penawar ataupun terapi untuk mengatasi 'stress' dalam kehidupan moden - kucing utara.


Di sini ada panduan untuk sesiapa yang ingin membela kucing dan bagi yang dah lama membela kucing juga boleh melihat panduan ini.
Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!


Sarapan pagi yang sihat

Dah ambil sarapan pagi ke belum? mesti akan ada yang jawab "dah" dan ada juga yang jawab "belum" dengan alasan tak suka bersarapan pagi, tak sempat, tak berselera, nak diet. Sebenarnya, sarapan pagi adalah satu perkara yang sepatutnya menjadi kebiasaan pada kita setiap hari dan ia merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang remeh oleh semua orangSarapan pagi wajib diambil kerana ia merupakan makanan yang paling penting kepada kita. Petua orang tua-tua ada berpesan, untuk kekal sihat bertenaga dan langsing, jangan abaikan sarapan pagi. Dan mengikut kajian para saintis, makan pagi dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah, mengawal selera dan membekalkan tenaga.

Namun ada juga yang mengambil sarapan pagi hari-hari tetapi tidak mengandungi kandungan asas yang diperlukan dan kurang berkhasiat. Asas sarapan pagi yang sihat, mengandungi tinggi kandungan karbohidrat, protein, kalsium, vitamin B6, vitamin A dan zat besi, tetapi rendah kandungan garam dan gula serta rendah lemak.

Antara menu sarapan pagi yang sihat seperti bijirin, buah-buahan, telur, aot, cereal atau smoothie (minuman yang mengandungi buah-buahan seperti beri dan pisang dikisar bersama yogurt rendah atau bebas lemak dan jus buah-buahan. Coklat juga ditambah menjadikan rasanya bertambah sedap). Tapi menjadi kebiasaan sebagai rakyat Malaysia, kita akan cenderung untuk bersarapan dengan nasi lemak, roti canai, kuih-muih yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Tidak salah untuk kita bersarapan dengan makanan ini tetapi tidak perlulah diambil setiap hari dan tidak mengambilnya secara berlebihan.

(Ambil dari Google)
Antara menu sarapan pagi yang sihat



Bagi menu sarapan pagi, saya mengamalkan ESP Soy Protein Isolate Powder (ESP) + MealShakes Shaklee + milo = memang sedap dan berkhasiat. Ia dapat memberikan tenaga, membuatkan saya berasa kenyang dan cara penyediaan yang senang dan cepat. Banyak khasiat yang terkandung dalam ESP dan Mealshake ini. 

(Ambil dari Google)



(Ambil dari Google)



Hati-hati ketika musim jerebu

Assalamualaikum..

Jerebu oh jerebuuuuu..
Jerebu makin teruk melanda negara kita. Ini ada sedikit perkongsian yang boleh dilakukan dan dielakkan ketika musim jerebu. Bersama-samalah kita menjaga kesihatan.....:)


Amalan yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan di musim jerebu.


Khasiat ESP Shaklee

KULIT KUSAM?? TIDAK BERTENAGA?? INGINKAN ANAK?? NK KURUS?? SUSU BADAN KURANG?? TIDAK BERTENAGA BERPUASA KETIKA HAMIL?? PELUPA??

Dengan ESP Shaklee, semua masalah ini dapat diatasi..

ESP ni sedap ke?
Rasa soya lah..yang xberapa suka soya bleh cmpur dgn lain2 minuman kecuali yang bercafein or air panas..

Boleh campur sunquick mandarin, kurma atau susu segar..bleh tmbah juga ais kalau nk minum sejuk..

Nk try ESP? bleh sms/whatsapp yaa..

0134063966