**Cerita ini saya tak mengetahui penulis asalnya, saya ambil ini dari kawan. Beliau sebarkan kepada saya melalui whatsapp. Dan saya letakkan di sini agar rakan-rakan yang singgah blog saya juga boleh baca dan boleh mengambil iktibar, pengajaran dan nasihat yang disampaikan.
Seorang gadis bertudung labuh sedang memperbetulkan tudungnya di hadapan cermin kereta cikgu Salmah. "Cun dah tu, Dijah!" tegur Zulaika sambil duduk di atas bangku berdekatan dengan tempat meletak kereta para guru. Di sebelahnya. Balqis yang sedang lahap memakan roti sosej. Kelihatan ramai pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima sedang berehat pada awal pagi itu. " Tak panas ke pakai tudung labuh?" soal Ainul sebaik sahaja dia menghampiri Khadijah. Khadijah tersenyum tawar. Lalu dia menggeleng-gelengkan kepala.
"Mak kau doktor, ayah kau pensyarah. So, kau bukan keturunan ustaz ustazah, kan?"
Khadijah mengangguk perlahan. Bibirnya menguntumkan senyuman manis. Lantas dia mengambil roti tuna dari tangan Ainul. "Thank you!" Khadijah hanya megambil roti tuna yang telah dipesannya. Dia tidak mahu menghabiskan lima minit terakhir waktu rehat dengan tercegat di hadapan kereta cikgu.Ainul yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh Khadijah pula hanya mengikut langkah Khadijah ke arah pondok berdekatan kantin.
"Lamanya kau beli, Ainul. Beli roti ke buat kilang roti?" perli Zulaika selamba.
"Ramai orang kot kat kantin. Nah, roti kau."Roti sardin gulung bertukar tangan. Lalu, Ainul duduk di antara Khadijah dan Balqis. Tajam mata Ainul memandang hujung tudung Khadijah yang labuh itu.
"Kau terduduk atas tudung kau, Dijah." Khadijah yang sedang menghabiskan sisa makanannya cuba memperbetulkan kedududkan hujung tudungnya. Labuhnya melebihi punggung.
"Panjang sangat tu, Dijah. Tak nak potong ke?" Kuat suara Ainul yang bertanya. Soalan yang agak sensitif itu.
"Takpa lah. Selesa saja." Khadijah membalasnya dengan senyuman.
"Kalau aku kan, sudah lama aku potong." Sampuk Balqis pula. Straw di kotak minumannya di gigit-gigit.
"Ish, korang ni! Khadijah nak jadi ustazah untuk tahun terakhir ni. Apa salahnya?" Kata-kata Zulaika yang berunsur perlian dan sokongan sedikit sebanyak menguji iman Khadijah. Bahu Khadijah ditepuk-tepuk perlahan. "Pakai tudung senteng lah best. Nampak kurus gitu." Komen Ainul. Sememangnya tudung Ainul kurung dua inci dari kedududukan bahunya.
"Ceh, Ainul! Kat luar sekolah pun kau freehair. Rambut berkilat macam model syampu rejoice. Haha